Posts

Showing posts from July, 2009

Dia jadi lagi!!

Image
Pening2. Dah la keja sorang harini, dari pagi sampai la ke malam. Tp tak kisah la selagi keja berjalan dengan lancar. Pagi OK, tengahari OK, petang dah jadi problem. Bukan aku saja yang menggelabah + tension, tapi semua orang kat news room terlibat sama. Apa taknya, SYSTEM HANG la plakkk.... Pagi dan tengahari kira ok la, tak banyak story. Tapi masalah dengan sistem tu jadi belah petang, time ramai reporter baru balik dari assignment n nak ketuk story untuk live kul 8 malam. Mula2 jadi kat sistem yang kitaorang nak tulis skrip, dalam kul 7 mlm tu dah ok. Igt suma dah ok la, tp tak ok gak. AE (assignment editor) tak bleh edit skrip, producer tak bleh susun rundown, VE (visual editor) tak bleh nak ingest visual dan VO (voice over), editing pun tak bleh buat... Apa lagi, hasilnya news kul 8 mlm tak kuar, yang kuar cita pasal sejarah Malaya untuk isi slot. Klu tak alamatnya blank la tv 502 tuh. Problemnya, secara teknikal aku pun tak tau. Tapi dengar diaorang cakap, SYSTEM HANG, SYSTEM DOW

Update Keja vs Makan

Image
Lepas balik dari cover OCPD PJ, settle buat story dapat plak info seorang penjenayah yang terlibat dalam 17 kes samun kargo cedera ditembak polis di Taman Bangi Jaya, dekat Semenyih. berita penuh < utusan > Sebelum pegi, bos plak buat announcement Pak Yeop Stringer Bernama Tv buat kenduri durian kat pos pengawal. Mau tau mau, singgah la jap pekena seulas dua. Sedappppp.. Lepas pekena durian, aku, Arn wires, cameraman aku (abang Awie dalam gambar diatas), foto Bernama (bang din gambar dibawah) terus ke lokasi kejadian. Jauh bukan main lagi. Pantang jumpa orang, stesen minyak, balai polis mesti turun tanya jalan. Fuhhh, letih beb. Bila dah settle, on the way balik, terjumpa la dengan warung jual laksa kat tepi jalan. Apa la, perut dah lapar, belasah jer la. Nama laksa dia 'Laksa Redup Rimba' Fuhhhh nama . bang Din yang kekenyangan cukup pakej, laksa dan cendol ni la kedainya, Laksa Redup Rimba tak jauh dari UKM ni jer tempat paking yang ada

Keja vs Makan

Image
Harini sepatutnya aku keja dengan 2 orang rakan sekerja, tp sorang MC, tinggal jer la berdua. Dua2 orang plak keja pagi, so aku pun buat la kerja sukarela standby sampai malam. Walaupun kes tak byk, tp bila dok ofis tau2 jer la, nak pantau story crime state, standby ftp, mcm2 lg la. Kadang2 sampai kena kuar g beli nasi lemak antarabangsa sebab bos kirim. Emmm... Pagi tadi g assigment kat Petaling Jaya, cover OCPD PJ wat program ramah mesra dengan rakyat. Story takder la besar sgt, tp untuk tv berbaloi la walaupun buat color story jer, gambar cantik2.. ACP Arjunaidi Mohamed dgn penduduk Aku dengan motor idaman Keta yang baterinya berharga RM 5000 Update ...

Shah Alam Kecoh

Image
Kecoh, Kecoh. Tu jer yang dapat aku gambarkan apabila sekumpulan kira-kira 100 orang penyokong Pakatan Rakyat dan beberapa orang peminpin parti itu turun padang menjayakan demontrasi haram di perkarangan Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM. Dakwa kumpulan itu, mereka berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kaedah penyiasatan SPRM dan juga mendapatkan penjelasan badan itu berikutan kematian seorang Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan negeri itu, Teoh Beng Hock. Khamis lalu, Teoh yang merupakan salah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu selepas siasatan SPRM terhadapnya selesai. Ermmm, macam2. Bagi aku, tunggu je la polis buat siasatan, ni nak ramai2 berkumpul secara haram siap dengan banner, pembesar suara, bising2 buat apa. Post Mortem pun lum selesai nak tentukan punca sebenar kejadian, pol

Update Off Day

Image
Lepas semua urusan kerja rumah selesai, aku pun keluar la g Jusco Bukit Tinggi, Klang. Saja g jalan2 n release tension. Off sehari jer, so kena isi betul2 la. Takkan nak dok umah jer lepak, lagi bosan. Sempat la aku g tgk movie, cita ice age 3. Bleh tahan la, nak gelak2 sambil relax2. imej diambil dari < sini >

Off day

Image
Alhamdulillah. Hari ni aku off setelah 5 hari kerja. Tapi yang tak bestnya sehari jer aku off, tak sempat nak buat apa2, bgn tido dah tengahari, breakfast n tengok tv. Japg hantar baju g dobi, petang2 baru la kuar g jln2. Malam kena tido awal sebab esok dah masuk keja. huhu. Plan hari ni nak g tgk movie la, nak tgk ice adge. Orang kata best. menu breakfast pagi nih..

Penangan H1N1

Image
Masuk jer ofis arini aku dikejutkan dengan dah beberapa orang yang kena H1N1. Ahh, teruk la camni. Silap2 satu ofis kena kuarantin nanti. Kalau tak silap aku, dan 2,3 orang dah yang disahkan positif, pastu ada yang dah kena suspek n dah dikuarantinkan. Haru2... Kalau sekolah yang tak ada direct contact dengan orang ramai kena tutup, apatah lagi kitaorang yang hari2 kuar masuk ofis jumpa orang. Sekarang orang kat ofis pun dah amik langkah berjaga2 pakai mask, n sapa2 yang ada simptom H1N1 terus amik keputusan kuarantinkan diri sendiri siap2. HR pun dah mula bertindak provide kan mask. Ni ada gambar orang2 kat ofis aku. Aku grab daripada FB < kak effa >. Pinjam gambar yer kak... dah macam nurse je... ni dia doktor effa... kak khuzaimah masih fokus wat story...

Terkejut

Image
Hari ni buat aku terkejut jer. Sedap2 naik motor tiba2 terdengar bunyi meletup, kuat gila. Aku panggung je kepala tengok sebiji bas Rapid KL dah terjunam masuk dalam lorong motor. Tinggi gila dia terjun, dekat 5 meter. Aku pun apa lagi, berenti motor, call office request cameraman. Story nih.. 28 orang termasuk driver cedera. 6 daripadanya parah manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar. Ni aku sempat merakamkan beberapa keping gambar semasa kejadian. . Macam2 la, nasib baik lorong motor tu ditutup untuk kerja pembinaan. Kalau tak, mungkin ada yang kehilangan nya wa. Berita penuh < BERNAMA >

Kejang di ofis...

Sebagai wartawan jenayah, kadang kala aku mengharapkan sesuatu terjadi, rompakan, pembunuhan, operasi, tangkapan, kemalangan dan juga apa jua yang berada dalam ruang lingkup meja jenayah. Tapi 2,3 hari ni aman plak malaysia, kosong jer bak kata budak crime buster. Memang la tak baik mintak sesuatu yang buruk berlaku, tapi bosan bangat dok melangut di ofis, asyik buat followup kes jer. Nasib baik ada gak story crime dari state, bergerak jugak la aku... Dalam minggu ni, bos asyik suruh aku cover assignment general / politik plak. Ntah apa tujuannya. Mungkin nak refreshkan otak aku kot, bg berkembang minda, tgk benda yang cantik2, makan tempat mewah2, berjumpa dengan menteri dan kwn2 baru. Tapi hati ada kt crime desk lg, kwn2 plak suma best. Dalam minggu, story economy, politik dan general suma aku dah belasah. Nasib baik la aku kenal lagi sapa PM, klu tak haru laaaa... Tapi sekarang dah masuk crime blk, mayb bos nak test pengetahuan am aku kot dalam bidang lain. Ada baiknya jugak bos bua

Comeback

Assalamulaikum...Dah lama sgt aku meninggalkan dunia blogging ni.Dulu pantang ada masa, mesti update tp disebabkan tak ada pc, laptop, internet, buat aku jadi malas. Tapi sekarang suma dah ada, bleh la aku start blk berkarya, berkongsi cerita, meluahkan rasa dan sebagainya. Starting from today, proudly i announce this website officially open. Jeng, jeng, jeng....