Kejang di ofis...

Sebagai wartawan jenayah, kadang kala aku mengharapkan sesuatu terjadi, rompakan, pembunuhan, operasi, tangkapan, kemalangan dan juga apa jua yang berada dalam ruang lingkup meja jenayah. Tapi 2,3 hari ni aman plak malaysia, kosong jer bak kata budak crime buster. Memang la tak baik mintak sesuatu yang buruk berlaku, tapi bosan bangat dok melangut di ofis, asyik buat followup kes jer. Nasib baik ada gak story crime dari state, bergerak jugak la aku...

Dalam minggu ni, bos asyik suruh aku cover assignment general / politik plak. Ntah apa tujuannya. Mungkin nak refreshkan otak aku kot, bg berkembang minda, tgk benda yang cantik2, makan tempat mewah2, berjumpa dengan menteri dan kwn2 baru. Tapi hati ada kt crime desk lg, kwn2 plak suma best. Dalam minggu, story economy, politik dan general suma aku dah belasah. Nasib baik la aku kenal lagi sapa PM, klu tak haru laaaa...

Tapi sekarang dah masuk crime blk, mayb bos nak test pengetahuan am aku kot dalam bidang lain. Ada baiknya jugak bos buat mcm tu, aku pun baru jer sedar yang menjadi seorang wartawan ni bukan saja mahir dalam satu bidang tapi mesti juga menguasai bidang2 yang lain. Baru la namanya wartawan yg versatile. Bak kata lecturer aku masa belajar kat Universiti Teknologi Mara dulu, 'journalist is a jack of all trade'...

So, dengan semangat itu la, apa jer bos bagi aku belasah sampai muntah... Yang penting, aku belajar sesuatu yang baru, pengalaman yang baru dan dapat goodie bag + barang yang mahal2 terutamanya cover assignment economy. hahahah..

~~ Walaubagaimanapun, aku tetap suka wat story crime~~

Comments

Popular posts from this blog

Hidup...

Bukan Senang Nak Senang...