Posts

Hidup...

Hari ni dah Khamis, cepat masa berlalu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tangga umur pun semakin tinggi... Sedang menonton tv, tiba-tiba fikiran dikusutkan dengan masalah dunia, hal kaya dan miskin. Bagi aku, kehidupan bukan masalah atau soal kaya mahupun miskin. Aku percaya bahawa kebahagian itu segala-galanya, kesederhanaan sebagai kunci utama dan kasih sayang itu pelengkap sebuah kehidupan... Aku tak kaya... Tapi aku bahagia dengan insan bernama Siti Nasarah yang menjadi pelengkap hidupku dan kehadiran Auni Irdina sebagai pemecah kesunyian kehidupan ku... Aku percaya, walaupun aku kaya, harta melimpah ruah, duit tinggi menggunung tapi tanpa kebahagian semuanya tidak bermakna. Bukan aku menolak urusan dunia atau menolak wang ringgit sebab harta itu merupakan keperluan, tapi tidak perlu mengejar wang semata-mata sehingga terabai sesuatu yang lebih bernilai... Kalau kaya nanti cepat sakit jantung sebab asyik makan benda mahal je

Bukan Senang Nak Senang...

Bukan senang nak senang kan? Tambah2 bila dah hidup berkeluarga di bandar besar seperti Kuala Lumpur, tempat yang cost of living tinggi... Memang sangat meletihkan apabila memikirkan kehidupan yang serba kekurangan... Tak miskin tapi sederhana... Tapi Alhamdulillah, dalam kesempitan hidup aku masih ada kerja, gaji dan kadang2 tu datang jer rezeki yang tidak diduga. Tidak Allah memberikan ujian kepada hambanya kecuali ia mampu ditanggung olehnya... Itulah yang aku pegang selama ni dan anggap kesusahan yang dihadapi aku cuma sementara dan aku mampu untuk harunginya... Pernah bersembang dengan seorang rakan berpangkat abang, dia cakap "sham, masa bujang hang kerja untuk seorang", "bila kahwin kena kerja keras sebab pikul tanggungjawab sebagai suami" dan "bila dah ada anak, hang kena kerja sampai mati"... Teringat lirik Ramli Sarip, Teringat ' keluar pagi balik petang, kadang kala sampai malam,cari rezki bawa pulang,untuk orang yang tersayang '. Itu la

Selamat Pulang Wira Negara...

Image
SEPANG, 6 Jun - Syukur Alhamdulillah, kesemua 12 krew Mavi Marmara selamat tiba di tanah air jam 5.40 pagi tadi. Bagi mereka tiada yang lebih menggembirakan apabila melihat sanak saudara dan keluarga tercinta setia menanti kepulangan seawal jam 3 pagi lagi. Tiada ungkapan atau kata-kata yang terucap kecuali derai air mata dan lafaz syukur. Aku bersama krew media lain yang membuat liputan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang telah bersiap sedia sejak jam 3 pagi turut berkongsi kegembiraan, dan berasa bangga menyambut kepulangan kesemua sukarelawan yang boleh diiktiraf sebagai wira. Selain kegembiraan, petugas media juga tidak terkecuali merasa hiba melihat peluk cium sukarelawan misi bantuan kemanusia ke Gaza bersama anak, isteri, mak, ayah dan saudara mara. Tidak sanggup rasanya untuk merenung tepat ke dalam mata para sukarelawan yang berkaca-kaca, khuatir terganggu emosi. Tercapai juga hasrat aku mendengar cerita daripada para sukarelawan,

Mavi Marmara...

Image
Kadang-kadang timbul perasaan iri hati kepada petugas media yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kerana mereka memperolehi pengalaman yang sangat berharga ketika melaksanakan misi kemanusiaan itu. Bagi aku, apa yang dilalui mereka adalah kemuncak kepada tugasan seorang yang bergelar 'newsman'... Tambahan pula, pengalaman getir yang dilalui mereka semasa kapal yang membawa bekalan kemanusiaan Mavi Marmara diserang tentera Israel adalah detik yang paling bermakna dan tak dapat dirasai atau dibeli dengan wang ringgit. Aku sering terfikir kalau aku yang berada dalam Mavi Marmara, apakah perasaan ketika itu? "kan best kalau aku yang ada dalam kapal tu"?Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana tiada petugas media mahupun rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian itu. Tetapi aku tetap bersimpati terhadap 19 aktivis misi kemanusiaan yang maut. Tak sabar rasanya menanti kepulangan mereka ke tanah air Ahad ini, mahu mendengar pengalaman yang dilalui mereka, p

Syukur...

Image
Alhamdulliah, syukur aku ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya memberikan aku kesihatan yang baik, kerja yang best dan menganugerahkan aku permata yang harganya tiada tolok banding, isteriku yang tercinta dan seorang anak (walaupun masih di peringkat embrio). Daripada bujang, berkahwin dan kini bakal bergelar 'papa'... Banyak yang telah aku hadapi dan pelajari. Orang kata, life is a learning process kan. So selagi nyawa di kandung badan selagi itu la kita akan terus belajar, memahami, menghayati dan merasai sesuatu yang baru sehingga ke liang lahad. Kini aku telah merasai bagaimana pahit jerihnya ibu bapa ku membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezeki menyara keluarga. Bila berkahwin, aku pelajari dan memahami pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah jemu mengurus rumah tangga dan melayan kerenah si suami serta turut merasai kesakitan yang ditanggungnya bila 'morning sickness'. Kesian... Dan kini bila doktor sahkan isteriku pregnant, satu lagi pengalama

Bangkok

Image

Dia jadi lagi!!

Image
Pening2. Dah la keja sorang harini, dari pagi sampai la ke malam. Tp tak kisah la selagi keja berjalan dengan lancar. Pagi OK, tengahari OK, petang dah jadi problem. Bukan aku saja yang menggelabah + tension, tapi semua orang kat news room terlibat sama. Apa taknya, SYSTEM HANG la plakkk.... Pagi dan tengahari kira ok la, tak banyak story. Tapi masalah dengan sistem tu jadi belah petang, time ramai reporter baru balik dari assignment n nak ketuk story untuk live kul 8 malam. Mula2 jadi kat sistem yang kitaorang nak tulis skrip, dalam kul 7 mlm tu dah ok. Igt suma dah ok la, tp tak ok gak. AE (assignment editor) tak bleh edit skrip, producer tak bleh susun rundown, VE (visual editor) tak bleh nak ingest visual dan VO (voice over), editing pun tak bleh buat... Apa lagi, hasilnya news kul 8 mlm tak kuar, yang kuar cita pasal sejarah Malaya untuk isi slot. Klu tak alamatnya blank la tv 502 tuh. Problemnya, secara teknikal aku pun tak tau. Tapi dengar diaorang cakap, SYSTEM HANG, SYSTEM DOW