Mavi Marmara...
Kadang-kadang timbul perasaan iri hati kepada petugas media yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kerana mereka memperolehi pengalaman yang sangat berharga ketika melaksanakan misi kemanusiaan itu. Bagi aku, apa yang dilalui mereka adalah kemuncak kepada tugasan seorang yang bergelar 'newsman'...
Tambahan pula, pengalaman getir yang dilalui mereka semasa kapal yang membawa bekalan kemanusiaan Mavi Marmara diserang tentera Israel adalah detik yang paling bermakna dan tak dapat dirasai atau dibeli dengan wang ringgit. Aku sering terfikir kalau aku yang berada dalam Mavi Marmara, apakah perasaan ketika itu? "kan best kalau aku yang ada dalam kapal tu"?Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana tiada petugas media mahupun rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian itu. Tetapi aku tetap bersimpati terhadap 19 aktivis misi kemanusiaan yang maut.
Tak sabar rasanya menanti kepulangan mereka ke tanah air Ahad ini, mahu mendengar pengalaman yang dilalui mereka, pengalaman yang tidak semua orang dapat merasainya.
Mungkin orang lain akan menganggap aku tak berapa betul kerana berangan mahu menjadi sebahagian daripada petugas media yang membuat liputan ketika misi itu, mungkin orang menganggap itu adalah kerja gila, tapi naluri seorang wartawan berbeza dengan orang biasa. Journalist is not like an ordinary people. Perasaan ingin merasai sesuatu yang baru adalah lumrah kepada seorang wartawan.
Biarpun wartawan tidak dikurniakan dengan power superhero atau dibekalkan senjata tetapi mereka dibekalkan dengan semangat yang jitu bagi menghadapi pelbagai cabaran, penglihatan tajam yang dapat menembusi apa jua yang terhalang dan keistimewaan mengetahui sesuatu sebelum orang lain mengetahuinya.
~~teringin nak buat liputan di Bangkok, geng baju merah vs kerajaan~~
Comments
Post a Comment