Hidup...

Hari ni dah Khamis, cepat masa berlalu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tangga umur pun semakin tinggi...

Sedang menonton tv, tiba-tiba fikiran dikusutkan dengan masalah dunia, hal kaya dan miskin. Bagi aku, kehidupan bukan masalah atau soal kaya mahupun miskin. Aku percaya bahawa kebahagian itu segala-galanya, kesederhanaan sebagai kunci utama dan kasih sayang itu pelengkap sebuah kehidupan...

Aku tak kaya... Tapi aku bahagia dengan insan bernama Siti Nasarah yang menjadi pelengkap hidupku dan kehadiran Auni Irdina sebagai pemecah kesunyian kehidupan ku...

Aku percaya, walaupun aku kaya, harta melimpah ruah, duit tinggi menggunung tapi tanpa kebahagian semuanya tidak bermakna. Bukan aku menolak urusan dunia atau menolak wang ringgit sebab harta itu merupakan keperluan, tapi tidak perlu mengejar wang semata-mata sehingga terabai sesuatu yang lebih bernilai...

Kalau kaya nanti cepat sakit jantung sebab asyik makan benda mahal jer, tidur malam tak lena takut rumah dipecah masuk dek pencuri...

Bila dan terlebih kaya nih, kenikmatan hidup akan hilang. Tiada lagi angan-angan, tiada lagi impian dan tiada kenangan manis kerana wang telah memberikan segala-galanya...

Comments

  1. ~ Yep, kebahagiaan dlm hidup tu subjektif. Mungkin bagi certain org, kekayaan itu adalah kebahagiaan buat dorang.

    Tapi some other people might think, MONEY is not the only thing that can give happiness.

    Yg penting kehidupan yg diredhai dan dirahmati Allah akan sentiasa memberikan kebahagiaan buat kita. InsyaAllah.

    :) ~

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bukan Senang Nak Senang...