Syukur...
Alhamdulliah, syukur aku ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya memberikan aku kesihatan yang baik, kerja yang best dan menganugerahkan aku permata yang harganya tiada tolok banding, isteriku yang tercinta dan seorang anak (walaupun masih di peringkat embrio).
Daripada bujang, berkahwin dan kini bakal bergelar 'papa'... Banyak yang telah aku hadapi dan pelajari. Orang kata, life is a learning process kan. So selagi nyawa di kandung badan selagi itu la kita akan terus belajar, memahami, menghayati dan merasai sesuatu yang baru sehingga ke liang lahad.
Kini aku telah merasai bagaimana pahit jerihnya ibu bapa ku membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezeki menyara keluarga. Bila berkahwin, aku pelajari dan memahami pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah jemu mengurus rumah tangga dan melayan kerenah si suami serta turut merasai kesakitan yang ditanggungnya bila 'morning sickness'. Kesian...
Dan kini bila doktor sahkan isteriku pregnant, satu lagi pengalaman dan pelajaran baru yang perlu aku tempuhi. Bermulalah episod baru dalam kehidupanku. Masih jauh perjalanan dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Belum masuk slot isteri sarat, melahirkan anak, membesarkan anak, mendidik, menyara sehinggalah dia besar.
Begitulah, hidup ibarat roda... Apa yang telah dilalui oleh orang terdahulu, kini giliran aku untuk merasainya dan seterusnya anak2 pula.
Kini aku hanya berdoa semoga dimurahkan rezeki untuk aku memenuhi keperluan keluarga, diberikan kesihatan yang baik kepada ku dan isteri serta keluarga dan dikurniakan zuriat yang sihat dan soleh.
Kekuasaan yang maha Esa, Subhanallah...
Comments
Post a Comment