Terkejut
Hari ni buat aku terkejut jer. Sedap2 naik motor tiba2 terdengar bunyi meletup, kuat gila. Aku panggung je kepala tengok sebiji bas Rapid KL dah terjunam masuk dalam lorong motor. Tinggi gila dia terjun, dekat 5 meter. Aku pun apa lagi, berenti motor, call office request cameraman. Story nih.. 28 orang termasuk driver cedera. 6 daripadanya parah manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar. Ni aku sempat merakamkan beberapa keping gambar semasa kejadian..
Macam2 la, nasib baik lorong motor tu ditutup untuk kerja pembinaan. Kalau tak, mungkin ada yang kehilangan nyawa. Berita penuh <BERNAMA>
Comments
Post a Comment