Shah Alam Kecoh

Kecoh, Kecoh. Tu jer yang dapat aku gambarkan apabila sekumpulan kira-kira 100 orang penyokong Pakatan Rakyat dan beberapa orang peminpin parti itu turun padang menjayakan demontrasi haram di perkarangan Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Dakwa kumpulan itu, mereka berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kaedah penyiasatan SPRM dan juga mendapatkan penjelasan badan itu berikutan kematian seorang Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan negeri itu, Teoh Beng Hock.

Khamis lalu, Teoh yang merupakan salah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu selepas siasatan SPRM terhadapnya selesai. Ermmm, macam2.

Bagi aku, tunggu je la polis buat siasatan, ni nak ramai2 berkumpul secara haram siap dengan banner, pembesar suara, bising2 buat apa. Post Mortem pun lum selesai nak tentukan punca sebenar kejadian, polis pun baru nak start menyiasat. Dah kecoh, kecoh....

Akibatnya, 7 orang ditahan...






Comments

Popular posts from this blog

Hidup...

Bukan Senang Nak Senang...