Posts

Update Keja vs Makan

Image
Lepas balik dari cover OCPD PJ, settle buat story dapat plak info seorang penjenayah yang terlibat dalam 17 kes samun kargo cedera ditembak polis di Taman Bangi Jaya, dekat Semenyih. berita penuh utusan > Sebelum pegi, bos plak buat announcement Pak Yeop Stringer Bernama Tv buat kenduri durian kat pos pengawal. Mau tau mau, singgah la jap pekena seulas dua. Sedappppp.. Lepas pekena durian, aku, Arn wires, cameraman aku (abang Awie dalam gambar diatas), foto Bernama (bang din gambar dibawah) terus ke lokasi kejadian. Jauh bukan main lagi. Pantang jumpa orang, stesen minyak, balai polis mesti turun tanya jalan. Fuhhh, letih beb. Bila dah settle, on the way balik, terjumpa la dengan warung jual laksa kat tepi jalan. Apa la, perut dah lapar, belasah jer la. Nama laksa dia 'Laksa Redup Rimba' Fuhhhh nama . bang Din yang kekenyangan cukup pakej, laksa dan cendol ni la kedainya, Laksa Redup Rimba tak jauh dari UKM ni jer tempat paking yang ada

Keja vs Makan

Image
Harini sepatutnya aku keja dengan 2 orang rakan sekerja, tp sorang MC, tinggal jer la berdua. Dua2 orang plak keja pagi, so aku pun buat la kerja sukarela standby sampai malam. Walaupun kes tak byk, tp bila dok ofis tau2 jer la, nak pantau story crime state, standby ftp, mcm2 lg la. Kadang2 sampai kena kuar g beli nasi lemak antarabangsa sebab bos kirim. Emmm... Pagi tadi g assigment kat Petaling Jaya, cover OCPD PJ wat program ramah mesra dengan rakyat. Story takder la besar sgt, tp untuk tv berbaloi la walaupun buat color story jer, gambar cantik2.. ACP Arjunaidi Mohamed dgn penduduk Aku dengan motor idaman Keta yang baterinya berharga RM 5000 Update ...

Shah Alam Kecoh

Image
Kecoh, Kecoh. Tu jer yang dapat aku gambarkan apabila sekumpulan kira-kira 100 orang penyokong Pakatan Rakyat dan beberapa orang peminpin parti itu turun padang menjayakan demontrasi haram di perkarangan Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM. Dakwa kumpulan itu, mereka berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kaedah penyiasatan SPRM dan juga mendapatkan penjelasan badan itu berikutan kematian seorang Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan negeri itu, Teoh Beng Hock. Khamis lalu, Teoh yang merupakan salah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu selepas siasatan SPRM terhadapnya selesai. Ermmm, macam2. Bagi aku, tunggu je la polis buat siasatan, ni nak ramai2 berkumpul secara haram siap dengan banner, pembesar suara, bising2 buat apa. Post Mortem pun lum selesai nak tentukan punca sebenar kejadian, pol...

Update Off Day

Image
Lepas semua urusan kerja rumah selesai, aku pun keluar la g Jusco Bukit Tinggi, Klang. Saja g jalan2 n release tension. Off sehari jer, so kena isi betul2 la. Takkan nak dok umah jer lepak, lagi bosan. Sempat la aku g tgk movie, cita ice age 3. Bleh tahan la, nak gelak2 sambil relax2. imej diambil dari sini >

Off day

Image
Alhamdulillah. Hari ni aku off setelah 5 hari kerja. Tapi yang tak bestnya sehari jer aku off, tak sempat nak buat apa2, bgn tido dah tengahari, breakfast n tengok tv. Japg hantar baju g dobi, petang2 baru la kuar g jln2. Malam kena tido awal sebab esok dah masuk keja. huhu. Plan hari ni nak g tgk movie la, nak tgk ice adge. Orang kata best. menu breakfast pagi nih..

Penangan H1N1

Image
Masuk jer ofis arini aku dikejutkan dengan dah beberapa orang yang kena H1N1. Ahh, teruk la camni. Silap2 satu ofis kena kuarantin nanti. Kalau tak silap aku, dan 2,3 orang dah yang disahkan positif, pastu ada yang dah kena suspek n dah dikuarantinkan. Haru2... Kalau sekolah yang tak ada direct contact dengan orang ramai kena tutup, apatah lagi kitaorang yang hari2 kuar masuk ofis jumpa orang. Sekarang orang kat ofis pun dah amik langkah berjaga2 pakai mask, n sapa2 yang ada simptom H1N1 terus amik keputusan kuarantinkan diri sendiri siap2. HR pun dah mula bertindak provide kan mask. Ni ada gambar orang2 kat ofis aku. Aku grab daripada FB kak effa >. Pinjam gambar yer kak... dah macam nurse je... ni dia doktor effa... kak khuzaimah masih fokus wat story...

Terkejut

Image
Hari ni buat aku terkejut jer. Sedap2 naik motor tiba2 terdengar bunyi meletup, kuat gila. Aku panggung je kepala tengok sebiji bas Rapid KL dah terjunam masuk dalam lorong motor. Tinggi gila dia terjun, dekat 5 meter. Aku pun apa lagi, berenti motor, call office request cameraman. Story nih.. 28 orang termasuk driver cedera. 6 daripadanya parah manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar. Ni aku sempat merakamkan beberapa keping gambar semasa kejadian. . Macam2 la, nasib baik lorong motor tu ditutup untuk kerja pembinaan. Kalau tak, mungkin ada yang kehilangan nya wa. Berita penuh BERNAMA >