Posts

Showing posts from June, 2010

Selamat Pulang Wira Negara...

Image
SEPANG, 6 Jun - Syukur Alhamdulillah, kesemua 12 krew Mavi Marmara selamat tiba di tanah air jam 5.40 pagi tadi. Bagi mereka tiada yang lebih menggembirakan apabila melihat sanak saudara dan keluarga tercinta setia menanti kepulangan seawal jam 3 pagi lagi. Tiada ungkapan atau kata-kata yang terucap kecuali derai air mata dan lafaz syukur. Aku bersama krew media lain yang membuat liputan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang telah bersiap sedia sejak jam 3 pagi turut berkongsi kegembiraan, dan berasa bangga menyambut kepulangan kesemua sukarelawan yang boleh diiktiraf sebagai wira. Selain kegembiraan, petugas media juga tidak terkecuali merasa hiba melihat peluk cium sukarelawan misi bantuan kemanusia ke Gaza bersama anak, isteri, mak, ayah dan saudara mara. Tidak sanggup rasanya untuk merenung tepat ke dalam mata para sukarelawan yang berkaca-kaca, khuatir terganggu emosi. Tercapai juga hasrat aku mendengar cerita daripada para sukarelawan,

Mavi Marmara...

Image
Kadang-kadang timbul perasaan iri hati kepada petugas media yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kerana mereka memperolehi pengalaman yang sangat berharga ketika melaksanakan misi kemanusiaan itu. Bagi aku, apa yang dilalui mereka adalah kemuncak kepada tugasan seorang yang bergelar 'newsman'... Tambahan pula, pengalaman getir yang dilalui mereka semasa kapal yang membawa bekalan kemanusiaan Mavi Marmara diserang tentera Israel adalah detik yang paling bermakna dan tak dapat dirasai atau dibeli dengan wang ringgit. Aku sering terfikir kalau aku yang berada dalam Mavi Marmara, apakah perasaan ketika itu? "kan best kalau aku yang ada dalam kapal tu"?Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana tiada petugas media mahupun rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian itu. Tetapi aku tetap bersimpati terhadap 19 aktivis misi kemanusiaan yang maut. Tak sabar rasanya menanti kepulangan mereka ke tanah air Ahad ini, mahu mendengar pengalaman yang dilalui mereka, p