Posts

Showing posts from February, 2010

Syukur...

Image
Alhamdulliah, syukur aku ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya memberikan aku kesihatan yang baik, kerja yang best dan menganugerahkan aku permata yang harganya tiada tolok banding, isteriku yang tercinta dan seorang anak (walaupun masih di peringkat embrio). Daripada bujang, berkahwin dan kini bakal bergelar 'papa'... Banyak yang telah aku hadapi dan pelajari. Orang kata, life is a learning process kan. So selagi nyawa di kandung badan selagi itu la kita akan terus belajar, memahami, menghayati dan merasai sesuatu yang baru sehingga ke liang lahad. Kini aku telah merasai bagaimana pahit jerihnya ibu bapa ku membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezeki menyara keluarga. Bila berkahwin, aku pelajari dan memahami pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah jemu mengurus rumah tangga dan melayan kerenah si suami serta turut merasai kesakitan yang ditanggungnya bila 'morning sickness'. Kesian... Dan kini bila doktor sahkan isteriku pregnant, satu lagi pengalama