Posts

Showing posts from 2011

Hidup...

Hari ni dah Khamis, cepat masa berlalu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tangga umur pun semakin tinggi... Sedang menonton tv, tiba-tiba fikiran dikusutkan dengan masalah dunia, hal kaya dan miskin. Bagi aku, kehidupan bukan masalah atau soal kaya mahupun miskin. Aku percaya bahawa kebahagian itu segala-galanya, kesederhanaan sebagai kunci utama dan kasih sayang itu pelengkap sebuah kehidupan... Aku tak kaya... Tapi aku bahagia dengan insan bernama Siti Nasarah yang menjadi pelengkap hidupku dan kehadiran Auni Irdina sebagai pemecah kesunyian kehidupan ku... Aku percaya, walaupun aku kaya, harta melimpah ruah, duit tinggi menggunung tapi tanpa kebahagian semuanya tidak bermakna. Bukan aku menolak urusan dunia atau menolak wang ringgit sebab harta itu merupakan keperluan, tapi tidak perlu mengejar wang semata-mata sehingga terabai sesuatu yang lebih bernilai... Kalau kaya nanti cepat sakit jantung sebab asyik makan benda mahal je